16 tahun
ya usia itu
terakhir aku berhenti
untuk taksub terhadap kawan
sebab di saat itu
memori aku
penuh dengan manusia bertopeng
pertama kali aku
sarat dengan air mata
ditinggalkan bersendiri
diketawa diumpat dipinggir
dikhianat orang yang aku panggil teman
mula saat itu
detik itu
aku berkawan
tak terlalu percayakan orang
tak semudah dulu
mula berjalan
berlari
bersendiri
tanpa siapa
aku tetap hidup
hingga saat ini
seluruh hidup ini
dibayangi peristiwa itu
aku simpan seranahmu
aku simpan amarahmu
aku simpan umpat kejimu
dalam liang telinga
hingga suatu masa
aku terdetik
moga suatu hari
akan kau ambil semula
akan kau jilat kembali
agar kau dapat semua
dan kunyah semua
yang pernah kau lemparkan
kerana bahasa yang kau pinjam
dari iblis
yang sangat indah bunyinya
maaf
sebab aku pilih untuk pergi
tanpa kata
kerna
tika itu
tika aku menangis sendiri
tiada siapa di sisi
aku hanya mmpu mengadu pada-Nya
maaf
aku manusia
kau manusia
takkan aku tunding semua
ke arah kau
maaf
aku manusia
yang penuh dengan masa silam
maaf
aku manusia
yang tetap
tidak sempurna
maaf
aku manusia
yang belajar
untuk menjadi seorang manusia
maaf
semua yang berlaku
di masa lalu
maaf
ikhlas dari
manusia hina ini
@cerita jiwa