01 October 2013

eh betul ke?

tadi dengan terajin nye jwb quiz pasal personaliti diri lps jmpe dkt fb. cettt gila perempuan ni sempat lagi buat bende merepek meraban even nk final. eh, kau ap tahu? gua stress ny :(
 makanya after jwb quiz tu inilah hasilnya. eh kalau korang rajin boleh jugak try dekat quiz.visualdna.com


Anda Pencari (Seeker)

Anda seorang yang baik hati dan sopan dan memberi sokongan padu kepada rakan-rakan anda. Anda mempunyai aura kemesraan yang memberi inspirasi kepada orang lain.
Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.
Buat masa ini, kehidupan mungkin kelihatan agak tertekan. Sukar untuk merasakan seolah-olah anda akan mempunyai masa untuk diri sendiri.
Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda.
Mempunyai hubungan yang penuh kasih sayang merupakan satu daripada rahmat yang terbesar. Kehidupan di rumah yang kukuh merupakan sumber kekuatan dan sokongan yang amat besar. Pastikan anda menghargai pasangan anda dengan sewajarnya. Mengatur waktu khas untuk meluangkan masa berdua secara tetap sentiasa berbaloi.
Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.
Anda melihat kehidupan sebagai acara maraton dan bukannya acara pecut, dan cenderung untuk berfikir dari segi aspirasi jangka panjang. Anda seorang yang rajin, dan suka melihat hasil daripada segala usaha anda terbentang di hadapan anda. Anda seorang yang seimbang dan fokus, dan membiarkan motivasi anda mendorong anda untuk berjaya. Sekali-sekala, jangan lupa untuk memanfaatkan hidup anda - berbelanja untuk sesuatu yang boleh menggembirakan anda!