17 October 2013

birthday: little bro :))

Happy Birthday little brother Muhd Muqri Ahnaf :))
love you :))


korban 2013

raya korban haritu kitorang balik perak rumah maktok. tp sebab ayah kijo n ad korban dekat area rumah ni so dia ckp akn balik lmbat rumah maktok n balik hari. sgt tak berbaloi la untuk aku y udah berbulan tidak menjejakkan kaki di kampung halaman. 

makanya gigih la aku dgn angah naik train balik kampung. cett bajet jauh sgt je kmpung. 30 jam naik ktm. dekat j la kan.

kalau raya korban j mesti ingat lembu kan tapi aku x sempat nk snap gmbo lembu sebab pagi tu bangun masa matahari separuh tegak. tahu tahu da selamat sembelih.

seriously makanan mmg bnyk n kalau dah bnyk tu makannya haruslah bnyk jugk kn? dah tu acaner angan angan taik ayamku untuk berdiet? musnah sama sekali.


so aktiviti petang kopek kelapa untuk masak kari.

hello uolls!i'm aish. i am 3 years old. peace :))
aish ni ank ucu aku. mama dia bulan ni due nk bg baby dkt dy. since mama dy preggy ni dia manja sikit. normal la kan siapa nk dpt adik mcm tu. tp aish ni sgt independent. sgt x kesah sgt senang kecuali basuh eyak. mahu mngamok tak sudah. dia bngun pagi dia main untill kau brjaya pujuk dia mandi baru dia mandi. kalau lapar dia akan cuit j sesapa y dia nmpk n ckp apa y dia nak. sangat senang.

malam raya pergi cari kasut untuk kakak sedara aku. sebab dia cucu sulung n aku cucu ke 3@4 so mmg kitorang y besar pun agak rapat jugak. now dia study kat unimas. sarawah nun jauh di sana.

ni abang dia punya kerja. kau pun pi tadah muka ko nape dik oiii.

after penat main terbungkang tido. tahu2 j tidur dah tak smpat nk bg susu.papa dia kjut pun x sedar dah.




gagal

harini aku rasa aku gagal
gagal jadi manusia
manusia bermaruah
maruah yang hilang
hilang yang tak kembali
tak, takkan
faham?

hina aku rasa

16 October 2013

outing part2: pantai

sambung cerita part 1 y terbengkalai sejak dahulu kala. haha

lpas puas berjalan kat rantau panjang dan balik dgn tgn kosong sbb poket kosong terus balik lunch since perut pun dah nyanyi lagu rock kapak kan.

menu lunch tu seriouly sgt special mcm mkn dkt kedai makan kau. ada tomyam, sayur campur n ikan masak 3 rasa kot. eh tak tahu. tp mmg sedap kredit to papa nik. tq papa sbb masak sedap n bg kami y kebulur ni makan bertambah tambah sambil buat muka innocent mcm makan kat rumah sendiri tak tahu malu. kih kih

lepas makan solat n driver kami berehat, petang tu decide untuk amik angin petang dekat pantai irama bachok. first time jejak sbb sebelum2 ni pergi dekat pcb dgn tok bali j. kbtulan mse kitorang pergi tu ada fair apa tah so mmg parking penuh n org berduyun duyun. makanya nk perasan jd model pantai tu terbatas sikit.




tuan blog punya kaki walaupun buruk ada aku kesah? nak jugak letak :P


ni adik ni sebaya dengan angah. esok tu birthday dia. kira birthday girl of the day la.





pantai ni mmg best. angin dia, pasir dia, mmg damai. macam kalau nk release tension boleh lah ke sini. tp kena behave lah jgn pulak kau terpekik terlolong kat tepi pantai tu takut org igt kau tu hantu air lagi pulak kalau rambut tu mnggerbang kalah rambut singa, mmg ngam lah.




the end :))

potret terindah

11 October 2013

dua rasa

sekarang kalau kau tanya aku
apa aku rasa
aku akan cakap
Nak give up, boleh? Aku dah tak larat.
Penat sangat.
Letihnya hati. Aku hidup. Ibarat mati. Aku letih. Aku penat. Tolong faham.
bukan sekali
berkali

tapi apa kau buat?

apa kau peduli?

yang rasa

aku
yang sakit 
aku

kenapa?


apa yang aku patut
yang aku perlu buat?

usaha aku

banyak
tak terkira
untuk pertahankan

sampai satu masa

bila usaha aku
tak dihargai
kekuatan aku lumpuh
y dibina runtuh

jangan salahkan aku

jangan harapkan aku 

sebab dulu

kau rasa akusentiasa ada untuk kau

bila aku pergi

maafkan aku

sebab

aku terpaksa berundur
untuk jaga hati sendiri

02 October 2013

outing part1: rantau panjang

pemalas perempuan ni. bangun tidur ambik lappy online. haha. 
tak patut tak patut. ibu tahu ni habis lah. maaf kan anakmu ini ibuku. hoho

lama tak type entry baru. buzy. maaf deh. maaf ke dok?
lagipun qina ni bukan penulis tegar jadi bila mood nk mnulis tu ada, adalah. kalau tak de, berulat la dia.

terpesong dah mukadimah. hoho
so ni cerita sebelum final. nope! cerita sebulan ke dua bulan sebelum final. macam biasa la kalau cuti setakat dua tiga hari memang tak lah nk balik rumah walaupun hatini melonjak lonjak nk balik. apakan daya memang tak berbaloi la tapi stkt hbskan mse dlm bas. bngun tido tido balik makan minum tut tup dah kne balik. tak puas satu hal, sedih lg adalah.

nasib baik lah ada membe sorang ni. dia slalu ajak gi rumah dia. kitorang panggil nik j. padahal nme dia punye la pnjg. sedap pulak tu. tp panggil seketul tu j. hehe

weekend tu mmg kami berjalan j lah. malam jumaat tu kami pergi mall lpk makan semua. esok pagi tu kitorang pergi rantau panjang. rantau panjang ni mmg terkenal la as place to shopping sbb dia zon bebas cukai.

macam2 barang boleh dapat mcm for women, man, kiddos mmg bnyk. shirt, sportwear, shoes, hndbag, brooch mmg bnyk. rambang mata kot. and ada jugak bgthu y pniaga online bnyk ambik jersi semua2 tu dkt dlm pasar2 tu.

macam jersi kdai paling murah terletak dekat lorong paling hujung bazar mimi. (sumber: cuti2 malaysia)
kalau nk makan pun x payah risau sebab berlambak org jual makanan. sedp pun sedap. 




baba ice cream ni mmg famous tp i is baru tahu sbb mmg tak pernah jmpe dkt mne2 lg.dia ice crem ltk dlm cup. tp y special nye dia letak bahan bahan lain mcm jagung, roti, pulut, cincau n mcm2 lg lh.
(sumber:google)

(sumber:google)

nampak tak nampak tak betapa lazat nye ice cream baba ni. mmg superb la. n mostly org y jual ni juz naik basikal j. save minyak. tp mmg sgt traditional tau.


maka inilah gadis gadis yang gembira dapat berjalan :)
oh special thanks to our driver aka tuan rumah aka travel guide kitorang nik yang pakai tudung awning kuning tuuu :)





01 October 2013

eh betul ke?

tadi dengan terajin nye jwb quiz pasal personaliti diri lps jmpe dkt fb. cettt gila perempuan ni sempat lagi buat bende merepek meraban even nk final. eh, kau ap tahu? gua stress ny :(
 makanya after jwb quiz tu inilah hasilnya. eh kalau korang rajin boleh jugak try dekat quiz.visualdna.com


Anda Pencari (Seeker)

Anda seorang yang baik hati dan sopan dan memberi sokongan padu kepada rakan-rakan anda. Anda mempunyai aura kemesraan yang memberi inspirasi kepada orang lain.
Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.
Buat masa ini, kehidupan mungkin kelihatan agak tertekan. Sukar untuk merasakan seolah-olah anda akan mempunyai masa untuk diri sendiri.
Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda.
Mempunyai hubungan yang penuh kasih sayang merupakan satu daripada rahmat yang terbesar. Kehidupan di rumah yang kukuh merupakan sumber kekuatan dan sokongan yang amat besar. Pastikan anda menghargai pasangan anda dengan sewajarnya. Mengatur waktu khas untuk meluangkan masa berdua secara tetap sentiasa berbaloi.
Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.
Anda melihat kehidupan sebagai acara maraton dan bukannya acara pecut, dan cenderung untuk berfikir dari segi aspirasi jangka panjang. Anda seorang yang rajin, dan suka melihat hasil daripada segala usaha anda terbentang di hadapan anda. Anda seorang yang seimbang dan fokus, dan membiarkan motivasi anda mendorong anda untuk berjaya. Sekali-sekala, jangan lupa untuk memanfaatkan hidup anda - berbelanja untuk sesuatu yang boleh menggembirakan anda!