Dr. saya mempunyai shbt baik y kini mnjadi musuh.
sejak peristiwa itu saya membawa diri dan hati cukup terluka.
pada mulanya saya memaafkan dia tetapi lama kelamaan saya tidak lagi mampu.
memaafkan perbuatannya walaupun hakikatnya saya masih mengambil berat tentangnya.
kini saya lebih suka menyendiri ada yang menasihati saya untuk berbincang dengannya tetapi ia
amat sukar untuk dilakukan kerana hati saya terlalu sakit.apa yang patut saya lakukan?
insan terluka
pulau pinang
Dr empati dengan adik. pepatah berbunyi 'sahabatmu hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok' ternyata menjadi kenyataan.kepentingn seseorang shbt mmg tdk dpt dnafikan sehingga ada ahli psikologi mengatakan mempunyai kawan baik adlh pntng untuk ksjhteraan kshtn mental dan fizikal.
sebaliknya, persahabatan yang indah juga boleh membawa kepada perasaan tertekan jika kemanisan persahabatan bertukar kepada kepahitan permusuhan.
andaian dan pemikiran bahawa persahabatan antara kawan baik akan kekal selamanya adalah permulaan kepada kegagalan dalam persahabatan.
ketika ini adik dan bekas kawan baik adik dipenuhi dengan emosi.berilah masa dan ruang untuk adik berdua melihat dan menilai semula persahabatan ini dari perspektif baru dan berbeza.
apa yang perlu dilakukan ialah melihat kepada persoalan atau isu sebenar.penyelesaian kepada masalah adik berdua adalah satu proses berterusan.
justeru adik perlu lalui kesakitan dan kepedihan ini dengan penuh tabah. bantuan kaunseling boleh membantu mengurangkan tekanan.carilah orang yang adik percayai untuk meluahkan perasaan.
apabila rasa hati dan emosi sudah tenang nilai semula sama ada adik dapat memaafkan insan yang pernah menjadi sahabat baik itu.kesediaan adik untuk memaafkan kawan baik sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.hiduplah dengan jiwa persaudaraan.
namun jika adik masih tidak dapat memaafkan dia anggaplah apa yang sudah berlaku sebagai satu peristiwa yang mengajar adik untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati hati dalam memilih sahabat.bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
prof madya datin dr sapora sipon
kaunseling remaja harian metro